Pages

Thursday 22 December 2011

Taman Kimia

Ayuh, tambahkan ilmu di dada!
Klik pautan di bawah :)











SPM Chemistry- MyHomeTuition.com

Assalamualaikum. Di sini saya ada letakkan pautan-pautan untuk latihan kimia yang menyeronokkan. Terdapat latihan yang merangkumi beberapa bab untuk anda cuba. Klik pautan di bawah untuk membuat latihan. Selamat mencuba! :)









Refleksi Tugasan 3

          Dalam tugasan ketiga ini, saya dikehendaki membuat e-portfolio iaitu sebuah blog bagi setiap seorang. Blog yang perlu saya cipta adalah berbentuk ilmiah di mana mengandungi ilmu-ilmu kimia. Membuat blog adalah perkara yang baru dalam diri saya. Sebelum ini, memang saya mempunyai blog tetapi untuk subjek ini, pensyarah saya telah mengajar cara-cara membuat blog. Jadi, pengetahuan saya mengenai blog semakin bertambah dan saya dapat menguasai selok-belok membuat blog. 
     Semasa membuat blog ini, saya telah mempelajari pelbagai perkara baru. Seperti contoh, saya tahu bagaimana untuk menukarkan template bagi menampakkan blog yang menarik. Selain itu, saya belajar untuk menggunakan gadjet-gadjet yang ada dalam mereka cipta blog. Pensyarah juga mengajar kami menggunakan google docs untuk meng"upload" fail-fail yang saya perlukan untuk dipautkan ke blog. Saya juga tahu bagaimana untuk memautkan video-video daripada laman web ke blog saya. Bukan itu sahaja, malahan apa-apa maklumat yang berkaitan mengenai kimia juga mudah untuk dipautkan ke blog saya. 
     Aktiviti membuat blog merupakan satu perkara yang menyeronokkan kerana banyak benda baru yang telah saya pelajari. Sebagai guru, saya menyarankan agar guru-guru membuat blog bagi subjek yang diajarkan sebagai medium untuk murid-murid mencari maklumat. Murid-murid bukan sahaja boleh memperoleh maklumat di blog tersebut, malahan mereka dapat memberikan respon untuk info-info yang dikemukakan.

Wednesday 21 December 2011

Refleksi Tugasan 2

                   Dalam tugasan 2 ini, pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli. Setiap kumpulan diberikan tajuk berdasarkan topik-topik yang terdapat dalam silibus Tingkatan 5. Bagi tugasan ini, kumpulan kami telah mendapat topik yang kelima iaitu "Chemicals For Consumers". Selepas mendapat tajuk ini, kami telah membahagikan tugasan antara ahli kumpulan yang lain. Saya mendapat subtopik "Soap and Detergent" dan perlu membuat slide tentang subtopik ini. Bagi menyiapkan slide ini, saya merujuk buku rujukan Kimia SPM kerana ia lebih padat, ringkas dan mudah difahami. Dalam topik ini, saya perlu membincangkan tentang proses penyediaan sabun, penyediaan bahan cuci, kuasa membersih sabun dan bahan cuci dan keberkesannya. Kriteria yang perlu ada dalam powerpoint ini adalah seperti gambar-gambar, pautan, video serta animasi bagi menjadikan slide kami lebih menarik. Jadi, saya telah mencari video-video yang berkaitan seperti video proses penyediaan sabun dan bahan cuci. Selain menggunakan buku rujukan, saya juga mencari maklumat di internet bagi mendapatkan maklumat serta penerangan yang lebih jelas.

                   Daripada tugasan ini, saya dapat mengimbas kembali apa yang telah saya pelajari semasa di Tingkatan 5 dahulu. Bagi mengingati setiap langkah sesuatu proses, bukanlah perkara yang mudah. Dengan adanya bantuan video dan gambar-gambar, penjelasan menjadi lebih mudah difahami. Selain itu, saya dapat meningkatkan kemahiran menggunakan Microsoft Powerpoint semasa menyiapkan tugasan ini.








Refleksi Tugasan 1

Tugasan 1

Problem Scenario 1:

Rosa, a new teacher was chose to attend a workshop on Learning & Teaching organise by the district education department. In the workshop she was exposed to many things such as learning theories, teaching methods, classroom management and assessment process. At the end of the workshop each participant needs to deliver a talk according to particular topic given randomly to them. The topic given to Rosa was Smart School.

As a curriculum officer how would you help Rosa?

Refleksi Perjumpaan Pertama

                    Setelah mendapat tajuk tugasan yang diberikan oleh pensyarah, saya dan ahli-ahli  kumpulan yang lain memulakan perbincangan. Pada mulanya, saya agak keliru dan kurang faham apa kehendak tugasan tersebut dan kriteria-kriteria yang diperlukan bagi melengkapkan tugasan tersebut. Walaubagaimanapun, setelah pensyarah menerangkan cara-cara untuk melaksanakan tugasan tersebut, saya mendapat sedikit sebanyak gambaran tentang apa yang perlu dilakukan. Kami perlu mengarang sebuah esei mengenai sekolah bestari dan merangka carta fila bagi isi-isi penting untuk dimasukkan ke dalam esei tersebut sebagai isi. Selepas benbincang mengenai carta fila dan isi-isi yang hendak dimasukan, kami memutuskan untuk mengadakan perjumpaan kedua pada hari Khamis iaitu bersamaan 15 September 2011 di rumah kami.

Refleksi Perjumpaan Kedua

                    Setelah merangka carta FILA pada perjumpaan pertama, saya dan ahli kumpulan melengkapkan carta FILA kami dengan menambah isi-isi yang sepatutnya. Selepas itu, kami telah membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan. Semua ahli kumpulan telah memberikan kerjasama yang baik dan perbincangan dapat berjalan dengan lancar. Saya telah ditugaskan untuk menaip semula carta FILA dan menyiapkan subtopik yang akan diletakkan di dalam esei iaitu kebaikan sekolah bestari ditubuhkan dan persediaan guru bagi memainkan peranan efektif dalam pendidikan di sekolah bestari. Semuanya berjalan dengan lancar.

Tuesday 20 December 2011

Senarai Formula Kimia

Assalamualaikum, di sini saya ada pautkan senarai formula kimia tingkatan 4 dan 5 untuk rujukan anda. Semoga ia dapat membantu serba sedikit dalam subjek kimia. Klik pautan di bawah untuk mendapatkan senarai formula kimia. Terima kasih :)









Carta Fila Tugasan 1

Problem Scenario 1:

Rosa, a new teacher was chose to attend a workshop on Learning & Teaching organise by the district education department. In the workshop she was exposed to many things such as learning theories, teaching methods, classroom management and assessment process. At the end of the workshop each participant needs to deliver a talk according to particular topic given randomly to them. The topic given to Rosa was Smart School.

Fakta
Isu-isu
Hasil Pembelajaran
Tindakan

  •  Rosa seorang guru baru
  • Rosa telah terpilih untuk menghadiri bengkel Pembelajaran dan Pengajaran yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Daerah
  • Beliau telah didedahkan dengan banyak perkara seperti teori pembelajaran, kaedah pengajaran, pengurusan kelas dan proses taksiran
  • Beliau dikehendaki menyampaikan ucapan mengenai sekolah bestari

  • Tidak mempunyai pengalaman mengajar
  • Beliau berkemungkinan dihantar untuk mengajar di salah sebuah sekolah bestari di Malaysia
  •  Berkongsi info tentang sekolah bestari dengan orang lain

  • Apakah sekolah bestari?
  • Bagaimanakah pentadbiran di sekolah bestari?
  • Apakah ciri-ciri yang terdapat pada sekolah bestari?
  • Apakah perbezaan antara sekolah bestari dengan sekolah-sekolah lain?
  • Bagaimanakah kaedah pembelajaran di sekolah bestari?
  • Berapakah bilangan sekolah bestari yang terdapat di Malaysia?
  • Mengapakah kerajaan mewujudkan sekolah bestari?
  •  Apakah hubungkait antara sekolah bestari dan MSC?
  • Apakah kebaikan dan kelebihan sekolah bestari?
  • Apakah persediaan guru bagi memainkan peranan efektif di sekolah bestari?

  • Mencari maklumat di internet mengenai sekolah bestari, cara pentadbirannya, ciri-ciri sekolah bestari, perbezaan antara sekolah bestari dengan sekolan-sekolah lain,kaedah pembelajaran yang digunakan, objektfi sekolah bestari ditubuhkan, hubungkait antara MSC dengan sekolah bestari, kebaikan sekolah bestari dan persediaan yang diperlukan bagi guru memainkan peranan yang efektif terhadap pendidikan di sekolah bestari.

Monday 12 December 2011

Falsafah Pendidikan Diri Saya

Matlamat Saya:

Saya merupakan seorang penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia. Sudah setahun saya di sini dan sekarang saya berada di semester 3. Seperti yang dinyatakan, saya mengambil subjek Kimia sebagai major dan subjek Matematik sebagai subjek minor. Sepanjang setahun lebih saya di sini, saya telah mempelajari pelbagai perkara yang baru dan menimba berbagai-bagai pengalaman. Sebagai seorang pelajar, saya berharap agar saya berjaya menempuh segala cabaran dan kepayahan dalam menimba ilmu. Selain itu, saya juga berharap agar segala perkara yang telah saya pelajari dapat saya aplikasikan ketika saya menjadi guru nanti.

Matlamat Mengajar:

Saya akan menamatkan pengajian saya dalam masa empat tahun. Jadi, selepas itu, Insya-Allah, saya akan menjadi guru. Menjadi seorang guru yang berdedikasi dan bersemangat tinggi merupakan matlamat saya. Sebagai seorang guru, saya akan berusaha sedaya upaya menyampaikan ilmu sebaik mungkin kepada para pelajar saya. Saya mahukan pelajar saya menjadi yang terbaik, jadi saya perlulah memainkan peranan agar saya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti tinggi. Bagi saya, pemahaman tentang ilmu yang telah sampaikan merupakan perkara yang paling penting. Sekiranya pelajar saya tidak memahami ilmu yang saya sampaikan, maka objektif pembelajaran tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya. Jadi, saya akan cuba menyampaikan pembelajaran dengan kaedah yang menarik agar pelajar-pelajar tidak bosan dan salah satunya adalah dengan mengaplikasikan ICT dalam proses mengajar. Selain menarik minat pelajar, saya juga dapat meningkatkan kemahiran saya dalam bidang ini. Semoga apa-apa yang telah saya pelajari dapat saya aplikasikan semasa mengajar kelak.