Pages

Wednesday 21 December 2011

Refleksi Tugasan 2

                   Dalam tugasan 2 ini, pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli. Setiap kumpulan diberikan tajuk berdasarkan topik-topik yang terdapat dalam silibus Tingkatan 5. Bagi tugasan ini, kumpulan kami telah mendapat topik yang kelima iaitu "Chemicals For Consumers". Selepas mendapat tajuk ini, kami telah membahagikan tugasan antara ahli kumpulan yang lain. Saya mendapat subtopik "Soap and Detergent" dan perlu membuat slide tentang subtopik ini. Bagi menyiapkan slide ini, saya merujuk buku rujukan Kimia SPM kerana ia lebih padat, ringkas dan mudah difahami. Dalam topik ini, saya perlu membincangkan tentang proses penyediaan sabun, penyediaan bahan cuci, kuasa membersih sabun dan bahan cuci dan keberkesannya. Kriteria yang perlu ada dalam powerpoint ini adalah seperti gambar-gambar, pautan, video serta animasi bagi menjadikan slide kami lebih menarik. Jadi, saya telah mencari video-video yang berkaitan seperti video proses penyediaan sabun dan bahan cuci. Selain menggunakan buku rujukan, saya juga mencari maklumat di internet bagi mendapatkan maklumat serta penerangan yang lebih jelas.

                   Daripada tugasan ini, saya dapat mengimbas kembali apa yang telah saya pelajari semasa di Tingkatan 5 dahulu. Bagi mengingati setiap langkah sesuatu proses, bukanlah perkara yang mudah. Dengan adanya bantuan video dan gambar-gambar, penjelasan menjadi lebih mudah difahami. Selain itu, saya dapat meningkatkan kemahiran menggunakan Microsoft Powerpoint semasa menyiapkan tugasan ini.








No comments:

Post a Comment