Pages

Thursday 22 December 2011

Refleksi Tugasan 3

          Dalam tugasan ketiga ini, saya dikehendaki membuat e-portfolio iaitu sebuah blog bagi setiap seorang. Blog yang perlu saya cipta adalah berbentuk ilmiah di mana mengandungi ilmu-ilmu kimia. Membuat blog adalah perkara yang baru dalam diri saya. Sebelum ini, memang saya mempunyai blog tetapi untuk subjek ini, pensyarah saya telah mengajar cara-cara membuat blog. Jadi, pengetahuan saya mengenai blog semakin bertambah dan saya dapat menguasai selok-belok membuat blog. 
     Semasa membuat blog ini, saya telah mempelajari pelbagai perkara baru. Seperti contoh, saya tahu bagaimana untuk menukarkan template bagi menampakkan blog yang menarik. Selain itu, saya belajar untuk menggunakan gadjet-gadjet yang ada dalam mereka cipta blog. Pensyarah juga mengajar kami menggunakan google docs untuk meng"upload" fail-fail yang saya perlukan untuk dipautkan ke blog. Saya juga tahu bagaimana untuk memautkan video-video daripada laman web ke blog saya. Bukan itu sahaja, malahan apa-apa maklumat yang berkaitan mengenai kimia juga mudah untuk dipautkan ke blog saya. 
     Aktiviti membuat blog merupakan satu perkara yang menyeronokkan kerana banyak benda baru yang telah saya pelajari. Sebagai guru, saya menyarankan agar guru-guru membuat blog bagi subjek yang diajarkan sebagai medium untuk murid-murid mencari maklumat. Murid-murid bukan sahaja boleh memperoleh maklumat di blog tersebut, malahan mereka dapat memberikan respon untuk info-info yang dikemukakan.

No comments:

Post a Comment