Saya merupakan seorang penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia. Sudah setahun saya di sini dan sekarang saya berada di semester 3. Seperti yang dinyatakan, saya mengambil subjek Kimia sebagai major dan subjek Matematik sebagai subjek minor. Sepanjang setahun lebih saya di sini, saya telah mempelajari pelbagai perkara yang baru dan menimba berbagai-bagai pengalaman. Sebagai seorang pelajar, saya berharap agar saya berjaya menempuh segala cabaran dan kepayahan dalam menimba ilmu. Selain itu, saya juga berharap agar segala perkara yang telah saya pelajari dapat saya aplikasikan ketika saya menjadi guru nanti.
Matlamat Mengajar:
Saya akan menamatkan pengajian saya dalam masa empat tahun. Jadi, selepas itu, Insya-Allah, saya akan menjadi guru. Menjadi seorang guru yang berdedikasi dan bersemangat tinggi merupakan matlamat saya. Sebagai seorang guru, saya akan berusaha sedaya upaya menyampaikan ilmu sebaik mungkin kepada para pelajar saya. Saya mahukan pelajar saya menjadi yang terbaik, jadi saya perlulah memainkan peranan agar saya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti tinggi. Bagi saya, pemahaman tentang ilmu yang telah sampaikan merupakan perkara yang paling penting. Sekiranya pelajar saya tidak memahami ilmu yang saya sampaikan, maka objektif pembelajaran tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya. Jadi, saya akan cuba menyampaikan pembelajaran dengan kaedah yang menarik agar pelajar-pelajar tidak bosan dan salah satunya adalah dengan mengaplikasikan ICT dalam proses mengajar. Selain menarik minat pelajar, saya juga dapat meningkatkan kemahiran saya dalam bidang ini. Semoga apa-apa yang telah saya pelajari dapat saya aplikasikan semasa mengajar kelak.
No comments:
Post a Comment